BERITA PERNIAGAAN

16 PATI ditahan di premis hiburan haram

Sep 15, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO Jabatan Imigresen Malaysia

KUALA LUMPUR,14 September-Seramai 16 warganegara asing ditahan menerusi serbuan sebuah premis yang diubah suai menjadi pusat hiburan haram di sekitar Puchong,semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),Datuk Ruslin Jusoh menerusi kenyataan memaklumkan,ia membabitkan penahanan warga Nigeria,Uganda,dan Thailand,berumur antara 25 hingga 47 tahun,atas kesalahan tidak memiliki dokumen atau pas yang sah.

Operasi dijalankan susulan aduan berhubung gangguan ketenteraman awam akibat aktiviti berpesta warga asing di kawasan tersebut.

Modus operandi dipercayai termasuk penyediaan hiburan dan minuman keras serta gadis warganegara asing dibawa pengunjung sebagai pelayan.

Semua individu yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.