Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto Fail
KUALA LUMPUR,2 Ogos - Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) merupakan satu perjanjian penting yang dijangka dapat meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua negara.
Perjanjian itu juga dijangka dapat meningkatkan lagi peluang pelaburan untuk syarikat Malaysia di UAE. Syarikat Malaysia kini beroperasi dalam beberapa sektor iaitu,pembinaan,minyak dan gas,perkhidmatan pengedaran,dan makanan serta minuman.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perjanjian bersejarah ini menandakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pertama Malaysia dengan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
“Memandangkan pertumbuhan perdagangan yang kukuh dan peningkatan hubungan industri antara negara kita,terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui,ekonomi digital dan mobiliti elektrik,saya yakin perjanjian ini (CEPA) akan mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala kita
“Pelaksanaan perjanjian ini pada akhir 2024 adalah sesuatu yang sangat dinantikan.” katanya menerusi kenyataan,hari ini.
MY-UAE CEPA,satu perjanjian komprehensif,merangkumi bidang seperti perdagangan barangan,perdagangan perkhidmatan,kemudahan pelaburan,perdagangan digital,perusahaan mikro,kecil dan sederhana,kerjasama ekonomi dan lain-lain.
Perjanjian itu juga memperkenalkan bab pertama Malaysia mengenai Ekonomi Islam dalam CEPA,membuka jalan untuk kerjasama dengan UAE dalam bidang pensijilan Halal,kewangan Islam dan digital.