Foto hiasan
KUALA LUMPUR,23 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah untuk hari dagangan keempat berturut-turut,menjejaki pergerakan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 merosot kepada US$2,406.60 setiap auns troy daripada US$2,407.00 setiap auns troy pada Isnin,manakala Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024,dan Februari 2025 turun kepada US$2,420.00 setiap auns troy daripada US$2,423.00 setiap auns troy.
Jumlah dagangan meningkat kepada 22 lot daripada 12 lot pada Isnin,manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 47 kontrak daripada 39 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,392.70 setiap auns troy,mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Julai,2024.- BERNAMA