BERITA PERNIAGAAN

Fahmi tidak pernah arah agensi media tutup ruangan komen

Jul 18, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,18 Julai- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan tidak pernah mengarahkan mana-mana agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama),menutup ruangan komen di akaun media sosial organisasi.

Menurut Fahmi,agensi media berhakmengenakan sekatan dengan kaedah yang dirasakan perlu,termasukmenutup ruangan komen mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

"Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021,berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

"Ini keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab atas komen-komen yang dimuat naik,saya sarankan kita berhati-hati dengan komen yang dimuat naik",katanya demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Mas mengenai ruangan komen akaun media sosial agensimedia seperti Bernama yang ditutup dankaedah mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan berkaitan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber