Pengerusi Bursa Malaysia Berhad,Tan Sri Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR,9 Julai- Bursa Malaysia Berhad berada di kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran penyenaraian tawaran awam permulaan; IPO tahun ini.
Pengerusinya,Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata,setakat ini 25 penyenaraian telah dilaksanakan,daripada 42 yang disasarkan.
Jelasnya,prosek dagangan lebih baik tahun ini dan minat berterusan pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan antara faktor yang mendorong pertambahan penyenaraian.
"Ini turut mendorong banyak syarikat yang ingin disenaraikan dalam pasaran. Seperti yang saya nyatakan,
ini merupakan penyenaraian ke-25 dan kelima di pasaran utama dan kami mempunyai tiga lagi penyenaraian untuk bulan ini. Jadi Julai 2024 adalah bulan paling sibuk,terdapat tujuh penyenaraian kesemuanya.
" Ini bermakna,kami berada di landasan tepat untuk mencapai 42 penyenaraian bagi 2024 berbanding 32 tahun lepas.
Untuk separuh pertama tahun ini,nilai dagangan harian purata (ADTV) melonjak kepada RM3.27 bilion berbanding RM2.06 bilion tempoh sama tahun lalu.
Bursa Malaysia turut mempamerkan prestasinya sebagai pasaran kedua terbaik di rantau ini selepas Vietnam.
Beliau berucap pada majlis penyenaraian Johor Plantations Group Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia.