BERITA PERNIAGAAN

Gempa bumi kuat di Kepulauan Bonin, Jepun

Jul 8, 2024 IDOPRESS

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR,8 Julai- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud dikesan berlaku di Kepulauan Bonin,rantau Jepun pada pukul 4.01 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),gempa bumi dengan kedalaman 567 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 871 km selatan dari dari Hamamatsu,Jepun.

Berdasarkan penilaian awal,tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.