BERITA PERNIAGAAN

Umat Islam diingatkan tidak korbankan jati diri muslim - Sultan Kedah

Jul 7, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sultan Salehuddin Sultan Badlishah

ALOR SETAR,7 Julai- Umat Islam khususnya di negeri Kedah diingatkan agar tidak mengorbankan jati diri sebagai seorang muslim,semata-matademi kerana inginkan kuasa,kekayaan harta benda,pangkat dan populariti.

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Salehuddin almarhum Sultan Badlishah bertitah,perkara itu tidak kekal lama,sebaliknya perlu mengutamakan persaudaraan,intergriti,kualiti insan dan keberkatan dalam segala aspek tindak tanduk yang ingin dilaksanakan.

"Paling penting menjaga ibadah kita kepada allah diikuti hubungan sesama manusia. Jauhilah diri daripada menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang ternyata amat merugikan.

"Jangan sampai orang bukan Islam terus mentertawakan kita,malah mengambil kesempatan merendahkan martabat Islam atas kelemahan yang kita sendiri cipta. Ikutilah panduan yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah," titah Sultan Salehuddin.

Baginda bertitah demikian pada Majlis perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah bagi Tahun 1446 Hijriyyah bersamaan 2024 masehi di Alor Setar.

Pada masa sama Sultan Salehuddin juga menyeru agar seluruh umat islam di negeri itu sentiasa memahami dan menghayati konsep hijrah dengan pengertian sebenar supayamampu merencana sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

Berangkat sama,Raja Muda Kedah,Tengku Sarafuddin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Salehuddin serta turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor.

Datuk Taib Azamudden Md Taib menerimawang tunai RM15,000,hadiah iringan dan sijil penghargaan
Sementara itu,bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib,74 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446 hijrah Peringkat negeri Kedah.Beliau menerima hadiah wang tunai RM15,hadiah iringan dan sijil penghargaan."Saya mengucapkan setinggi-tinggi menjungjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas limpah perkenan tuanku menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini."...kemudian,apa yang kita boleh faham maal hijrah tu mengingatkan kita sepenuhnya bahawa tugas-tugas kita sebagai mukmin tidak pernah terhenti. Bermakna kita tidak boleh rasa jemu," katanya.Beliau turut berpesan kepada generasi muda Islam supaya menghadapi kesulitan dan cabaran dalam meningkatkan jati diri sebagai mukmin sejati.Taib Azamudden dilahirkan di Rambong,Baling dan bahagia bersama-sama isterinya Datin Norlia Abdul,68 tahun serta enam orang anak lelaki.Sementara itu,Masjid Tunku Sallehuddin Bandar Puteri Jaya,Sungai Petani diumumkan sebagai masjid terbaik bagi kategori bandar,manakala,Masjid Nurul Iman,Kampung Gulau,Sik memenangi bagi kategori luar bandar.