Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah / Foto Fail Bernama
KUALA LUMPUR,3 Julai - Pengeluar kereta nasional Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) merekodkan jualan 10,999 unit pada Jun,melibatkan jualan domestik dan eksport sekali gus mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah berkata jumlah jualan bagi bulan tersebut terganggu akibat penutupan kilang selama dua minggu bagi peningkatan operasi berjadual.
Beliau berkata,enam bulan pertama 2024 merupakan tempoh konsolidasi pihaknya.
"Walaupun penutupan kilang memberi kesan jangka pendek terhadap jumlah jualan,kecekapan pihaknya akan membantu mengejar volum pada separuh kedua tahun ini," katanya menerusi kenyataan.
Proton X50 juga katanya kembali ke tangga teratas kelas SUV segmen-B selepas model baharu dilancarkan.
Jumlah pengeluaran kenderaan dijangka meningkat selepas peningkatan operasi berjadualnya.