Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
KUALA LUMPUR,2 Julai- Penurunan kadar surcajPelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT)untuk pengguna komersial dan industri,seharusnya tidak merencatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui (RE).
Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat,ia memandangkan sektor perindustrian memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi dan kosnya turut meningkat saban tahun.
"Saya rasakan untuk jangka panjang,akan lebih banyak pihak industri yang akan beralih kepada tenaga baharu seperti seperti solar."
"Ia kerana dijangkakan pada masa akan datang harga tenaga elektrik tetap akan dinaikkan. Ini bergantung kepada situasi dan bekalan sumber tenaga," kata Dr. Aimi kepada pemberita selepas menjadi tetamu Biz Malaysia,hari ini.
Bagaimanapun,jelasnya pemain industri mungkin menangguhkan peralihan untuk jangka sederhana dan meneliti semula kos berkaitan.
Pada 29 Jun,PETRA mengumumkan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2024.
Pengguna komersial dan industri pula akan mengalami penurunan kadar ICPT sebanyak 1 sen/Kilowatt-jam dalam tempoh tersebut.