BERITA PERNIAGAAN

ASEAN agresif promosi kecemerlangan ekonomi, budaya rantau ini

Jul 4, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 Julai- ASEAN sasar menjadi rantau cemerlang.

Justeru,usaha dinamik dan agresif dilaksanakan bagi mempromosikan rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rantau ini beruntung kerana memiliki nilai saling mempercayai dan komitmen teguh untuk bekerjasama sebagai satu kuasa.

Hubungan strategik Malaysia- China turut memberi manfaat kepada ASEAN.

“Saya fikir itu semua untuk masa depan dunia sebagai bukti bahawa kita boleh saling bekerjasama serta saling mempercayai.

“Dan ini sudah tentunya wajar dipuji. Kita mahu setiap negara di ASEAN mendapat manfaat daripada usaha ini yang kita capai kejayaan bersama dari segi ekonomi dan sosial.

"Iaitu apabila kita mengambil prinsip berkecuali ini untuk meraih manfaat daripada pengalaman Barat,Eropah,Amerika Syarikat dan kini dengan China," katanya pada Persidangan Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) dan Pameran Seni Bina,Reka Bentuk Dalaman & Binaan Antarabangsa ke-23 2024 (ARCHIDEX) di ibu negara.

Pada majlis itu juga,Datuk Seri Anwar menggesa semua pemain industri seni bina tempatan mengekalkan identiti negara dalam setiap projek pembangunan.

"Arkitek mempunyai peranan dasar yang jelas dan merangka bangunan yang serasi dengan tuntutan semasa yang disinggung menteri tadi bukan sahaja keperluan rakyat,juga keprihatinan pada persekitaran.

"Jadi,adalah penting untuk memastikan ia bersemangat dari segi budaya,moden dari segi teknologi,namun mesra alam sekitar dengan mengambil kira keperluan semua sektor supaya anda tidak mengulangi kisah 'A Tale of Two Cities',satu sektor bagi golongan kaya,satu sektor bagi golongan miskin," katanya.