Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,1 Julai- Akta Perikanan 1985 akan dipinda pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pindaan itu dibuat memandangkan akta tersebut sudah wujud lebih 20 tahun.
"Ini semua merangkumi hal nelayan kecil dan juga nelayan berpukat besar,bot besar dan sebagainya..termasuk daerah penangkapan dan lain-lain.
"Ini supaya tindakan dapat diambil dengan baik dan membawa keadilan kepada semua pihak," katanya ketika menjawabsoalan tambahan wakil Kuala Kedah,Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mengenai cadangan menyemak semula syarat pemberian lesen kategori nelayan kecil di Dewan Rakyat di sini.
Tambah Mohamad,operasi pemutihan lesen sampan yang berlangsung setiap tahun turut dilaksana kementeriannya.
Sebanyak 6,000 permohonan lesen berkenaan turut diluluskan dalam tempoh 2021 hingga 2024.