Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,1 Julai- Terengganu dikenal pasti sebagai negeri strategik bagi pembangunan sektor Pemerangkapan,Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Malaysia.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Liew Chin Tongberkata,kluster industri di Kerteh dan Kemaman berpotensi besar untuk memanfaatkan teknologi CCUS selain kedudukan kluster perindustrian itu berada dalam lingkungan cadangan hab CCUS Timur berpusat di Kerteh.
"Akta ini akan digubal oleh Kementerian Ekonomi dan dijangka dibentang di parlimen pada penghujung tahun ini. Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) terlibat dalam kumpulan kerja untuk memastikan pembangunan industri dan pelaburan termasuk teknologi.
"Petronas di Kerteh telah dilantik oleh MITI sebagai salah satu juara misi dalam sektor CCUS dan ini juga telah dilakukan dan membawa manfaat kepada Terengganu dan seluruh negara.saya rasa memang kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh memastikan dari segi tanah,pelesenan dan infrasktrukturboleh disediakan.
"...supaya kita dapat memastikan apabila akta di terima oleh parlimen kita boleh laksanakan projek projek CCUS di Terengganu secepat mungkin," katanya yang menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kemaman Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ahmad Samsuri bertanyakan status rangka kerja peraturan dan undang-undang berkaitan CCUS dalam pembangunan industri itu termasuk memperkasa sektor Perusahaan Mikro,Kecil Dan Sederhana (PMKS) supaya memperoleh manfaat ekonomi.
Beliau turut menjelaskanmisi pertama bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang dilancar Mei lalu; iadilihat sebagaiusaha terbaik membangunkan keseluruhan ekosistem industri semi konduktor dan elektronik bagi menghasilkanproduk lebih canggih serta meningkatkan daya saing negara dalam pasaran global.