BERITA PERNIAGAAN

TWI Technology-MAIPs perkukuh kerjasama, latih asnaf Perlis dalam bidang TVET

Jun 28, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto RTM

SHAH ALAM,28 Jun- TWI Technology (S.E Asia) Sdn Bhd memberi jaminan untuk meneruskan kerjasama erat dan komited dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam melatih asnaf dari Perlis.

Usaha itu turut disokong rakan strategiknya,Aspirasi Prihatin Malaysia yang menyasarkan lebih ramai asnaf terpilih akan dilatih dalam bidang kimpalan pada masa depan.

Pengarah TWI Technology (S.E Asia) Sdn Bhd,Fauzi Mohd Kassim dalam satu kenyataan berkata pihaknya sehingga kini telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk menyediakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang terbaik kepada mereka yang tidak mampu dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi melalui program tajaan.

"Program Zero to Hero ini diperkenalkan bagi melatih anak-anak asnaf yang kurang berjaya dalam akademik agar dapat menguasai bidang-bidang kemahiran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka di alam pekerjaan."

"Pihaknya akan terus berdedikasi untuk menyumbang kepada pembangunan dan peningkatan keupayaan latihan TVET negara melalui pelaksanaan kepakaran dalam latihan dan pensijilan kimpalan dan pemeriksaan untuk membangunkan tenaga kerja mahir khususnya melibatkan asnaf," kata kenyataan itu.

Beliau memaklumkannya ketika menerima kunjungan hormat delegasi Aspirasi Prihatin Malaysia bagi meninjau pelaksanaan Program Zero to Hero melibatkan asnaf terpilih dari Perlis.

Sementara itu,Pengerusi Aspirasi Prihatin Malaysia,Muhd.Rizal Zainudin akan terus bekerjasama dengan TWI mengenal pasti asnaf di Perlis yang berkelayakan untuk menerima latihan kepakaran dalam bidang TVET tersebut seperti mana ditetapkan syarat MAIPs.

MAIPs menyediakan peruntukan berjumlah RM21.5 jutasepanjang tahun ini meliputi bantuan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs berjumlah RM15 juta serta Peruntukan Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) berjumlah RM6.5 juta.