BERITA PERNIAGAAN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin

Jun 25, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,25 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin.

Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan Malaysia di peringkat global menerusi persidangan antarabangsa dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin utama dunia.

“Kerajaan (Malaysia) tetap tegas mempertahankan hak rakyat di Gaza,termasuk dalam sidang antarabangsa,berdepan dengan Presiden (Amerika Syarikat) Joe Biden,Olaf Scholz (Canselor Jerman),Anthony Albanese (Perdana Menteri Australia) dan baru-baru ini Perdana Menteri China Li Qiang.

“Dalam setiap pertemuan (dengan pemimpin dunia)...isu ini (Palestin) kita bangkitkan menjadi aturan utama pendirian kita.

“Kita satu-satunya negara yang secara terbuka berjumpa dengan pemimpin Hamas,walaupun kita menerima tekanan... tapi ini kita harus lakukan dan pertahankan kedudukan Hamas seperti mana kita perjuangkan Nelson Mandela (bekas presiden Afrika Selatan) dan lain-lain,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri,di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikemukakan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).

Anwar berkata Kerajaan MADANI pimpinannya juga mengambil pendirian paling tegas dalam sejarah kerajaan Malaysia terhadap syarikat milik Israel.

“Syarikat Israel terus beroperasi (di Malaysia) sehingga tahun lepas,hanya Kerajaan MADANI yang memutuskan untuk memberhentikan semua perdagangan langsung termasuk dengan ZIM (syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel) yang memang menggunakan pelabuhan kita sehingga tahun lepas yang diizinkan (beroperasi) sejak 2002.

“Bermakna (ia)berterusan. Kita harus terima kenyataan itu,tentang ketegasan kerajaan sekarang,” katanya. - BERNAMA