Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG),Ahmad Luqman Mohd Azmi
KUALA LUMPUR,23 Jun- Malaysia Airlines dan Huawei menjalin kerjasama strategik bagi merevolusikan landskap digital syarikat penerbangan dan memperluaskan pasaran pelancongan China.
Menerusi kenyataan,syarikat penerbangan itu berkata,menerusi kerjasama ini,ia dapat mengetahui citarasa pengembara dengan lebih dalam dan menganalisis pasaran dengan lebih berkesan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG),Ahmad Luqman Mohd Azmi,kerjasama tersebut membolehkan pihaknya bergabung tenaga dalam memanfaatkan keupayaan digital bagi meluaskan jangkauannya,sekali gus memberikan pengalaman yang baik kepada pelanggan dan penyelesaian inovatif sesuai dengan keperluan pasaran.
Manakala Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Perkhidmatan Awan Huawei,Vincent Wen berkata,pihaknya menawarkan kepakaran dalam infrastruktur telekomunikasi dan penyelesaian digital serta pemahamannya dalam pasaran China.
Justeru gabungan kepakaran kedua-dua pihak memanfaatkan kehebatan teknologi,kepakaran pasaran dan peluang menerajui landskap pelancongan China.