BERITA PERNIAGAAN

Agong kurnia 10 ekor lembu untuk ibadah korban

Jun 19, 2024 IDOPRESS
Berita RTM (televisyen ini dikenali sebagai RTM News dan BES) ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,18 Jun- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha.

Baginda menerusi hantaran Facebook bertitah,kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

"Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun).

"Pelaksanaan penyembelihan akan diadakan pada esok (19 Jun),manakala majlis agihan daging korban berlangsung Khamis ini di Istana Negara," titah baginda menerusi hantaran itu.